![]() |
Di KLIA bersama anak-anak dan cucu-cucu ku tersayang |
Pemandangan Jabal Uhud |
Pada bulan Jun 2010 - cuti sekolah, aku mengerjakan umrah bersama isteri dan 2 orang anak ku iaitu Herni laily dan Hafizul Amri. Pada suatu pagi, aku mengerjakan tawaf sunat bersama-sama isteri dan anakku.... Suasana di Kaabah ketika itu terlalu sesak kerana ramai jemaah yang mengerjakan tawaf dimana keadaannya seperti musim haji yang pernah aku lalui pada tahun 1995 dan 2007.
![]() |
Suasana di Kaabah yang terlalau sesak |
Semasa perjalanan mengerjakan ibadah tawaf tersebut ( agak ku pusingan ke 2 atau 3), tiba-tiba muncul seorang lelaki berjubah dari belakangku. Badannya tegap, tinggi, kacak, berjanggut dan berkulit putih. Dia memegang tasbih ditangannya. Dia berjalan seiring dengan ku disebelah kiri. Kemudiaan dia mengulurkan tangannya sambil mengatakan " SEDEKAH ". Aku merasa hairan dan tergamam seketika serta menjadi serba salah dimana didalam fikiran ku, lazimnya tiada orang meminta sedekah semasa tawaf....
Tiba-tiba aku teringat pesanan tok guru ku semasa berkursus haji kali pertama di Kluang tahun 1995 mengatakan , " Semasa kita mengerjakan haji, ramai Malaikat bersama kita .......". Malangnya hari itu aku tidak membawa dompet. Aku rasa dalam poket seluar ku tadi ada sedikit wang. Aku pun menyelok poket seluar dan mengambil wang tersebut. Aku pun memberikan wang itu kepada lelaki tersebut. Selepas mengambil wangku, dia terus berlalu dihadapan ku dengan pantas serta hilang dari pandangan.......
Aku bersyukur kepada ALLAH yang telah mendorong hatiku membawa sedikit wang ketika itu serta terbuka untuk memberikan sedekah kepada lelaki tersebut.
Aku sekeluarga kembali ke tanah air dengan selamat........ syukur alhamdulilah..........amin............. |
0 comments:
Post a Comment