Selepas sarapan pagi, kami ke airport untuk penerbangan ke Srinagar (Kashmir). Setibanya di Srinagar jam 10.00 pagi, kami dibawa menaiki van ke pengkalan teksi Shikara di Tasik Dal. Semasa di Khasmir, ramai askar hindu membuat kawalan seolah-olah negara itu dalam keadaan tidak selamat. Difahamkan rakyat Kahsmir yang mejoritinya Islam memberontak menuntut kemerdekaan untuk mentadbir negaranya sendiri dari pemerintahan India. Walau bagaimanapun, pelancong-pelancong dari negara luar tidak diganggu oleh mereka.
Didalam perjalanan, shikara kami dihimpit oleh peniaga-peniaga yang berniaga menggunakan shikara. Urusan jualbeli disitu boleh menggunakan khidmat visa atau master kad.
HARI 03 - Gulmarg
Selepas sarapan lawatan kami bertolak ke Gulmarg (dikenali sebagai ‘Meadow of Flower) yang berada diketinggian 2,730 batu dari aras laut. Ia merupakan kawasan bermain ski dan padang golf tertinggi didunia serta menimati pemandangan cantik di Nanga Parbhat tempat shoting filem Industan. Salji boleh kelihatan dikawasan pergunungan disekitar Gulmag. Kami berpeluang menunggang kuda sejauh 3 km untuk menikmat keindahan alam semula jadi.
Disebelah petang kami ke Bandar Srinagar bersembahyangMesjid Lama Khasmir dan membeli belah di bazar rakyat tempatan. Perjalanan balik melalui Universiti Khasmir singgah di Carpet weaving factory. Pada sebelah malam dihidangkan dengan makan malam di rumah orang tempatan Kashmiri.
HARI 04 - Srinagar-Agra
Selepas sarapan pagi/makan tengah hari (9.oo pagi) bertolak ke lapangan terbang Srinagar untuk pulang ke New Deldi. Kami chek-in 2 kali iaitu pihak tentera dan airport. Tiba di New Delhi jam 2.00 petang dan menaiki bas ke Agra. Perjalanan ini biasanya 5 jam tetapi kami sampai jam 2.00 pagi disebabkan keadaan jalan sesak bertembung hari Depavali pada esok hari. Sepanjang-panjang perjalanan kami tidak makan dan bersembahyang (17 jam) disebab tiada tempat makanan muslim dan mesjid. Peserta kesemua kelaparan, hanya makan makanan ringan sahaja. Kami makan setelah chek-in di Hotel dan terpaksa sembahyang mengantikan 3 waktu tertinggal.
HARI 05 - Agra
Selepas sarapan pagi, melawat Taj Mahal yang dibina oleh pemerintah Mughal Shah Jahan bagi mengingati isteri tersayang - Mumtaz. Tugu peringatan itu dibina dari batu marmar putih mengambil masa 22 tahun untuk menyiapkannya di antara 1630 masihi hingga 1652 masihi. Kemudian ke Kubu Agra – struktur besar yang dibina oleh pemerintah terkenal Akbar pada 1565 masihi serta membeli belah. Selepas makan malam kami bertolak ke New Delhi jam 12.00 malam dan bermalam didalam bas.
HARI 06 - New delhi
Sampai di New Delhi terus sarapan pagi dan bawa melawat ke sekitar Bandar lama dan Baru Delhi yang dibangunkan semasa di bawah pemerintahan Raja Shah Jahan. Antara tempat lawatan adalah , Masjid Jama merupakan masjid yang tertua dan terbesar di India yang di bina oleh Raja Shah Jahan.
Hari 07- New Delhi
Selepas sarapan pagi kami dibawa ke India Gate, Parliment house dan Shopping di Bandaraya Delhi. Disebelah petang kami ke Lapangan terbang Ne Delhi unutk kembali Ke Kuala Lumpur.