BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Total Pageviews

Sunday, 7 August 2011

SA'AT MENDEBARKAN JANTUNGKU SEMASA MENAIKI AIR-ASIA

Pada 18 Julai 2011, dari Kucing aku  ke Kota Kinabalu, Sabah menaiki penerbangan Air Asia bersama keluarga untuk membuat lawatan ke Gunung Kinabalu, Kundasang. Bertolak dari rumah anak ku jam 4.00 pagi dan sampai ke KKIA jam 8.00 pagi.

Di KKIA - menunggu urusan sewa kereta, belum sarapan pagi ..
Hotel Heritage (Perkasa ) penginpan di Kundasang
Di pintu masuk War Memorial, Kundasang
Suasana G.Kinabalu di waktu senja - matahari mulai terbenam
Indahnya G. Kinabalu  sewaktu  matahari naik 
Selepas dua hari di Sabah (Kundasang dan Kota Kinabalu), kami balik ke Kuching pada 20 Julai 2011 jam 3.30 ptg. Sampai airport jam 1.00 ptg dan terus boarding.

Pada  jam 3.20 ptg diarahkan menaiki pesawat. Keadaan dalam pesawat kurang selesa disebabkan penghawa dinginnya tidak dipasang. Aku terdengar bunyi bising dibahagian injin semasa  juruterbang sedang menguji injin pesawat dan tiba-tiba  ianya mati. Juruterbang menghidupkan semula tetapi keadaan tidak berubah.

Aku sekeluarga duduk berdiam diri dalam ketakutan. Kemudian pesawat  mula bergerak keluar dari tempatnya  untuk berlepas. Pesawat mula bergerak tetapi masalah bunyi tersebut masih berterusan apabila diuji. Waktu itu kami sentiasa mengingati ALLAH serta berdoa  semoga  juruterbang  membatalkan sahaja penerbangannya. Jam 4.00 ptg, pesawat tersebut memasuki tempat letak asalnya semula. Penumpang diarahkan untuk duduk ditempat masing-masing disebabkan juruterbang sedang berusaha membaiki masaalah teknikal yang dihadapi.  Keadaan terlalu panas  menyebabkan  semua penumpang resah gelisah. Kami berdoa sekali lagi semoga  ALLAH mengerakkan hati juruterbang segera membatalkan  penerbangan tersebut. Jam 4.10 ptg, kami diarahkan turun serta membawa barang masing-masing. Seorang perempuan tua dibelakang kami sempat berkata, "nasib baik kapal ni rosak dibawah, kalau kat atas...........", kata-kata ini amat menakutkan aku....
Bercelaru fikiran kami, sekiranya naik  pesawat tersebut semula....hai entahlah
Dari dewan menunggu, aku nampak kapal terbang tersebut cuba terus dibaiki.  Hati ku terasa ingin membeli tiket lain sahaja bagi mengelak menaiki pesawat tersebut semula.

Bagasi sedang dikeluarkan......aku gembira melihatnya
Jam 6.00 petang, pekerja-pekerja mula mengeluarkan bagasi dari  perut pesawat. Lega rasa hati kami melihatnya...............syukur Alhamdulillah dan kami sudah pasti akan menaiki pesawat yang lain.
Isteriku tersenyum......mendengar  jadual pelepasan baru diumumkan
Kami melihat jadual baru penerbangan telah dipaparkan. Waktu pelepasan kami dicatatkan pada jam 6.55 ptg. Dalam perjalanan tersebut, perempuan tua dibelakang kami tidak putus-putus membaca surah Yasin. Doanya dimakbulkan dan kami selamat sampai di KIA Kuching, Sarawak pada jam 8.30 malam.

0 comments: