BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Total Pageviews

Tuesday, 30 August 2011

KEINDAHAN MUSIM LURUH DI KHASMIR 1


HARI 01 - Kuala Lumpur - New Delhi
Aku bersama-sama isteri melancong ke India pada 30 Oktober  2010 selama 8 hari 6 malam bersama Poto Travel & Tour Sdn Bhd. Kami bertolak dari KLIA jam 6.50 petang dan sampai ke New Delhi jam 9.50 malam selama 5 jam penerbangan. Perbezaan waktu diantara India dengan Malaysia adalah lewat  2.5 jam. Setibanya di Delhi, kami di sambut oleh wakil Photo Travel  iaitu Encik Tariq dan terus dibawa ke restoran untuk makan malam. Kemudian check-in hotel untuk bermalam di New Delhi.

HARI 02 - New Delhi, Srinagar 


Selepas sarapan pagi, kami  ke airport untuk penerbangan ke Srinagar (Kashmir). Setibanya di Srinagar jam 10.00 pagi, kami dibawa menaiki van ke pengkalan teksi Shikara di Tasik Dal. Semasa di Khasmir, ramai askar hindu membuat kawalan seolah-olah negara itu dalam keadaan tidak selamat. Difahamkan  rakyat Kahsmir yang mejoritinya Islam memberontak menuntut  kemerdekaan untuk mentadbir negaranya sendiri dari pemerintahan  India. Walau bagaimanapun, pelancong-pelancong dari negara luar tidak diganggu oleh mereka.


Kami menaiki Shikara (sampan ) menyeberangi tasik dal untuk  check-in di Deluxe Houseboat dan makan tengahari disitu. Setiap houseboat menempatkan 8-10 orang yang mempunyai 4 bilik, dewan makan dan ruang tamu. Sebelah petang kami menaiki Shikara mengelilingi Tasik Dal sambil melawat taman terapung botani, tempat perniagaan (kraftangan, hasil tanaman dll).  Petani-petaninya kebanyaknya miskin tegar  dimana  keadaan rumah amat menyedihkan. Kehidupannya umpama  "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".
Kami balik ke houseboat jam 8.00 malam dan keadaan cuacanya amat sejuk diantara 15-18 darjah celcius. Air  Tasik Dal ini beku semasa musim salji dibawah suhu darjah negatif celcius.

Didalam perjalanan, shikara kami dihimpit oleh peniaga-peniaga yang berniaga menggunakan shikara. Urusan jualbeli disitu boleh menggunakan khidmat visa atau master kad. 

HARI 03 - Gulmarg

Selepas sarapan lawatan kami bertolak ke Gulmarg (dikenali sebagai ‘Meadow of Flower) yang berada diketinggian 2,730 batu dari aras laut. Ia merupakan kawasan bermain ski dan padang golf tertinggi didunia serta  menimati pemandangan cantik di Nanga Parbhat  tempat shoting filem Industan. Salji boleh kelihatan  dikawasan pergunungan disekitar Gulmag. Kami berpeluang menunggang kuda sejauh 3 km untuk menikmat keindahan alam semula jadi. 

Disebelah petang kami ke Bandar Srinagar  bersembahyangMesjid Lama Khasmir dan  membeli belah di bazar rakyat tempatan. Perjalanan balik melalui  Universiti Khasmir singgah di  Carpet weaving factory. Pada sebelah malam dihidangkan dengan  makan malam di rumah orang tempatan Kashmiri. 

HARI 04 - Srinagar-Agra

Selepas sarapan pagi/makan tengah hari (9.oo pagi) bertolak  ke lapangan terbang  Srinagar untuk pulang ke New Deldi. Kami chek-in  2 kali iaitu pihak tentera dan airport. Tiba di New Delhi jam 2.00 petang dan menaiki bas ke Agra. Perjalanan ini biasanya 5 jam tetapi kami sampai jam 2.00 pagi disebabkan keadaan jalan sesak bertembung hari Depavali pada esok hari. Sepanjang-panjang perjalanan  kami tidak makan dan bersembahyang (17 jam) disebab  tiada tempat makanan muslim dan mesjid. Peserta kesemua kelaparan, hanya makan makanan ringan sahaja. Kami makan setelah chek-in di Hotel dan terpaksa sembahyang mengantikan 3 waktu tertinggal.

HARI 05 - Agra

Selepas sarapan pagi, melawat   Taj Mahal yang dibina oleh pemerintah Mughal Shah Jahan bagi mengingati isteri tersayang - Mumtaz. Tugu peringatan itu dibina dari batu marmar putih mengambil masa 22 tahun untuk menyiapkannya di antara 1630 masihi hingga 1652 masihi. Kemudian  ke Kubu Agra – struktur besar yang dibina oleh pemerintah terkenal Akbar  pada 1565 masihi serta membeli belah. Selepas makan malam kami bertolak ke New Delhi jam 12.00 malam dan bermalam didalam bas.

HARI  06 - New delhi

Sampai di New Delhi terus  sarapan pagi dan bawa melawat ke sekitar Bandar lama dan Baru Delhi yang dibangunkan semasa di bawah pemerintahan Raja Shah Jahan.  Antara tempat lawatan adalah , Masjid Jama  merupakan masjid yang tertua dan terbesar di India yang di bina oleh Raja Shah Jahan.

Hari 07- New Delhi

Selepas sarapan pagi kami dibawa ke India GateParliment house dan  Shopping di Bandaraya Delhi. Disebelah petang kami ke Lapangan terbang Ne Delhi unutk kembali Ke Kuala Lumpur.
HARI 08  - KLIA

Sampai KLIA kira-kira jam 7.00 pagi.


0 comments: