BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Total Pageviews

Tuesday, 30 August 2011

KEINDAHAN MUSIM LURUH DI KHASMIR 1


HARI 01 - Kuala Lumpur - New Delhi
Aku bersama-sama isteri melancong ke India pada 30 Oktober  2010 selama 8 hari 6 malam bersama Poto Travel & Tour Sdn Bhd. Kami bertolak dari KLIA jam 6.50 petang dan sampai ke New Delhi jam 9.50 malam selama 5 jam penerbangan. Perbezaan waktu diantara India dengan Malaysia adalah lewat  2.5 jam. Setibanya di Delhi, kami di sambut oleh wakil Photo Travel  iaitu Encik Tariq dan terus dibawa ke restoran untuk makan malam. Kemudian check-in hotel untuk bermalam di New Delhi.

HARI 02 - New Delhi, Srinagar 


Selepas sarapan pagi, kami  ke airport untuk penerbangan ke Srinagar (Kashmir). Setibanya di Srinagar jam 10.00 pagi, kami dibawa menaiki van ke pengkalan teksi Shikara di Tasik Dal. Semasa di Khasmir, ramai askar hindu membuat kawalan seolah-olah negara itu dalam keadaan tidak selamat. Difahamkan  rakyat Kahsmir yang mejoritinya Islam memberontak menuntut  kemerdekaan untuk mentadbir negaranya sendiri dari pemerintahan  India. Walau bagaimanapun, pelancong-pelancong dari negara luar tidak diganggu oleh mereka.


Kami menaiki Shikara (sampan ) menyeberangi tasik dal untuk  check-in di Deluxe Houseboat dan makan tengahari disitu. Setiap houseboat menempatkan 8-10 orang yang mempunyai 4 bilik, dewan makan dan ruang tamu. Sebelah petang kami menaiki Shikara mengelilingi Tasik Dal sambil melawat taman terapung botani, tempat perniagaan (kraftangan, hasil tanaman dll).  Petani-petaninya kebanyaknya miskin tegar  dimana  keadaan rumah amat menyedihkan. Kehidupannya umpama  "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".
Kami balik ke houseboat jam 8.00 malam dan keadaan cuacanya amat sejuk diantara 15-18 darjah celcius. Air  Tasik Dal ini beku semasa musim salji dibawah suhu darjah negatif celcius.

Didalam perjalanan, shikara kami dihimpit oleh peniaga-peniaga yang berniaga menggunakan shikara. Urusan jualbeli disitu boleh menggunakan khidmat visa atau master kad. 

HARI 03 - Gulmarg

Selepas sarapan lawatan kami bertolak ke Gulmarg (dikenali sebagai ‘Meadow of Flower) yang berada diketinggian 2,730 batu dari aras laut. Ia merupakan kawasan bermain ski dan padang golf tertinggi didunia serta  menimati pemandangan cantik di Nanga Parbhat  tempat shoting filem Industan. Salji boleh kelihatan  dikawasan pergunungan disekitar Gulmag. Kami berpeluang menunggang kuda sejauh 3 km untuk menikmat keindahan alam semula jadi. 

Disebelah petang kami ke Bandar Srinagar  bersembahyangMesjid Lama Khasmir dan  membeli belah di bazar rakyat tempatan. Perjalanan balik melalui  Universiti Khasmir singgah di  Carpet weaving factory. Pada sebelah malam dihidangkan dengan  makan malam di rumah orang tempatan Kashmiri. 

HARI 04 - Srinagar-Agra

Selepas sarapan pagi/makan tengah hari (9.oo pagi) bertolak  ke lapangan terbang  Srinagar untuk pulang ke New Deldi. Kami chek-in  2 kali iaitu pihak tentera dan airport. Tiba di New Delhi jam 2.00 petang dan menaiki bas ke Agra. Perjalanan ini biasanya 5 jam tetapi kami sampai jam 2.00 pagi disebabkan keadaan jalan sesak bertembung hari Depavali pada esok hari. Sepanjang-panjang perjalanan  kami tidak makan dan bersembahyang (17 jam) disebab  tiada tempat makanan muslim dan mesjid. Peserta kesemua kelaparan, hanya makan makanan ringan sahaja. Kami makan setelah chek-in di Hotel dan terpaksa sembahyang mengantikan 3 waktu tertinggal.

HARI 05 - Agra

Selepas sarapan pagi, melawat   Taj Mahal yang dibina oleh pemerintah Mughal Shah Jahan bagi mengingati isteri tersayang - Mumtaz. Tugu peringatan itu dibina dari batu marmar putih mengambil masa 22 tahun untuk menyiapkannya di antara 1630 masihi hingga 1652 masihi. Kemudian  ke Kubu Agra – struktur besar yang dibina oleh pemerintah terkenal Akbar  pada 1565 masihi serta membeli belah. Selepas makan malam kami bertolak ke New Delhi jam 12.00 malam dan bermalam didalam bas.

HARI  06 - New delhi

Sampai di New Delhi terus  sarapan pagi dan bawa melawat ke sekitar Bandar lama dan Baru Delhi yang dibangunkan semasa di bawah pemerintahan Raja Shah Jahan.  Antara tempat lawatan adalah , Masjid Jama  merupakan masjid yang tertua dan terbesar di India yang di bina oleh Raja Shah Jahan.

Hari 07- New Delhi

Selepas sarapan pagi kami dibawa ke India GateParliment house dan  Shopping di Bandaraya Delhi. Disebelah petang kami ke Lapangan terbang Ne Delhi unutk kembali Ke Kuala Lumpur.
HARI 08  - KLIA

Sampai KLIA kira-kira jam 7.00 pagi.


Thursday, 18 August 2011

SIAPAKAH AKU - KELAHIRAN

Bertempat di sebuah kawasan pedalaman  bernama Bukit Badak Estet, Layang-layang, Johot aku telah dilahir pada  hari jumaat, jam 11.00 pagi 14 Mei 1954 bersamaan 11 Ramadhan 1373 H.  Ketika itu Tanah Melayu belum mencapai kemerdekaan serta dijajahi oleh Inggeris. Ayahku seorang  'Special Counstable (SC)', manakala ibu pula  bertugas sebagai Polis Bantuan (AP) di estet tersebut.

Sijil kelahiranku

Semasa  berumur 3 tahun, aku  selalu mengikut ibu bekerja menjaga pintu masuk estet disebabkan tiada orang yang menjagaku di rumah. Selang  beberapa tahun, keluarga ku berpindah pula  ke CEP Estet Renggam, Washington Estet dan seterusnya ke Balai Polis Simpang Renggam.

Selepas  mencapai  kemerdekaan  31 Ogos  1957, ayahku diserapkan ke jawatan anggota polis serta diarahkan bertukar ke luar  negeri Johor. Ayahku menolak tawaran dan dia terpaksa menerima hakikat dimana jawatan SC sekarang akan ditamatkan perkhidmatannya. Dia telah  dikurniakan sebidang tanah seluas 6 ekar dikawasan pendalaman berhampiran Washington Estet ( kira-kra 6 batu dari Renggam). memandangkan kampung ini berhampiran dengan estet tersebut, ia dipanggil Kampong Batu 6. Jalan masuk ke kampung hingga ke estet hanya melalui jalan tanah merah. Untuk sampai ke kampong tersebut,  kami terpaksa pula melalui lorong kecil dengan menunggang  basikal atau berjalan kaki.

Keluargaku tinggal di pondok  sementara yang dibina daripada kayu, berpangkin dan beratap lalang.  Waktu malan aku terpaksa tidur didalam kelambu yang tebal dibuat daripada kain guni tepong. Untuk mengelakkan daripada digigit nyamuk, unggun api dihidupkan di luar pondok.  Hanya pelita sahaja dapat memberikan cahaya pada waktu malam.

Ayahku  juga meneroka tanah lain berhampiran jalan masuk serta membina rumah yang selesa sedikit dari pondok asal. Rumah ini  dibina daripada  papan yang dipotong sendiri, sebahagian lantainya menggunakan batang pinang yang dibelah dan beratapkan daun nipah. Adik beradik ku seramai 7 orang tetapi yang tinggal bersama keluarga hanya 4 orang sahaja. Ayah dan ibuku  bekerja menggunakan tulang empat kerat mengusahakan ladang baru dengan  menanam ubi kayu, keledek, keladi, pisang dan berbagai jenis tanaman jangka pendek. Ianya dijadikan  sumber makanan dan pendapatan  untuk menyelara hidup keluarga ku disamping tanaman utamanya iaitu getah.

Aku masih ingat lagi  pengalaman  menolong ayah membersihkan kebun secara  melendat (memijak) lalang menggunakan kayu disebabkan tiada racun. Kebun ayahku terletak dikawasan paya yang  sentiasa berair ketika hujan. Untuk mengalirkan air, parit perlu dibina mengunakan cangkul.

Aku tidak boleh bayangkan bagaimana susahnya keluargaku  hidup untuk mendapatkan sesuap nasi ketika itu. Aku terpaksa memakan lempeng, ubi kayu, beras keling (berbau busuk) dan lauknya hanyalah  sayur kampung seperti pucuk ubi, keledek dan pucuk manis. Kadang-kadang berlaukkan ikan yang ditangkap bersama kakak secara memancing atau menimba diparit berhampiran  rumah.

Pada tahun 1960,  aku mulai tinggal dirumah yang sempurna berlantai dan berdindingkan papan serta beratap zink. Modal yang diperolehi untuk membina rumah tersebut adalah berpunca dari  pendapatan hasil kebun keluargaku. Jalan masuk ke kampungku telah dibina oleh kerajaan menggunakan batu merah dianggarkan 1 batu dari jalan raya utama (Spg. Renggam - Air Hitam)  melalui Kg. Ulu Benut iaitu  2 batu dari Spg. Renggam. Aku mulai bersekolah pada tahun 1961, kisah seterusnya temuilah dalam siri  "SIAPAKAH AKU - ALAM PERSEKOLAHAN".






Sunday, 7 August 2011

SA'AT MENDEBARKAN JANTUNGKU SEMASA MENAIKI AIR-ASIA

Pada 18 Julai 2011, dari Kucing aku  ke Kota Kinabalu, Sabah menaiki penerbangan Air Asia bersama keluarga untuk membuat lawatan ke Gunung Kinabalu, Kundasang. Bertolak dari rumah anak ku jam 4.00 pagi dan sampai ke KKIA jam 8.00 pagi.

Di KKIA - menunggu urusan sewa kereta, belum sarapan pagi ..
Hotel Heritage (Perkasa ) penginpan di Kundasang
Di pintu masuk War Memorial, Kundasang
Suasana G.Kinabalu di waktu senja - matahari mulai terbenam
Indahnya G. Kinabalu  sewaktu  matahari naik 
Selepas dua hari di Sabah (Kundasang dan Kota Kinabalu), kami balik ke Kuching pada 20 Julai 2011 jam 3.30 ptg. Sampai airport jam 1.00 ptg dan terus boarding.

Pada  jam 3.20 ptg diarahkan menaiki pesawat. Keadaan dalam pesawat kurang selesa disebabkan penghawa dinginnya tidak dipasang. Aku terdengar bunyi bising dibahagian injin semasa  juruterbang sedang menguji injin pesawat dan tiba-tiba  ianya mati. Juruterbang menghidupkan semula tetapi keadaan tidak berubah.

Aku sekeluarga duduk berdiam diri dalam ketakutan. Kemudian pesawat  mula bergerak keluar dari tempatnya  untuk berlepas. Pesawat mula bergerak tetapi masalah bunyi tersebut masih berterusan apabila diuji. Waktu itu kami sentiasa mengingati ALLAH serta berdoa  semoga  juruterbang  membatalkan sahaja penerbangannya. Jam 4.00 ptg, pesawat tersebut memasuki tempat letak asalnya semula. Penumpang diarahkan untuk duduk ditempat masing-masing disebabkan juruterbang sedang berusaha membaiki masaalah teknikal yang dihadapi.  Keadaan terlalu panas  menyebabkan  semua penumpang resah gelisah. Kami berdoa sekali lagi semoga  ALLAH mengerakkan hati juruterbang segera membatalkan  penerbangan tersebut. Jam 4.10 ptg, kami diarahkan turun serta membawa barang masing-masing. Seorang perempuan tua dibelakang kami sempat berkata, "nasib baik kapal ni rosak dibawah, kalau kat atas...........", kata-kata ini amat menakutkan aku....
Bercelaru fikiran kami, sekiranya naik  pesawat tersebut semula....hai entahlah
Dari dewan menunggu, aku nampak kapal terbang tersebut cuba terus dibaiki.  Hati ku terasa ingin membeli tiket lain sahaja bagi mengelak menaiki pesawat tersebut semula.

Bagasi sedang dikeluarkan......aku gembira melihatnya
Jam 6.00 petang, pekerja-pekerja mula mengeluarkan bagasi dari  perut pesawat. Lega rasa hati kami melihatnya...............syukur Alhamdulillah dan kami sudah pasti akan menaiki pesawat yang lain.
Isteriku tersenyum......mendengar  jadual pelepasan baru diumumkan
Kami melihat jadual baru penerbangan telah dipaparkan. Waktu pelepasan kami dicatatkan pada jam 6.55 ptg. Dalam perjalanan tersebut, perempuan tua dibelakang kami tidak putus-putus membaca surah Yasin. Doanya dimakbulkan dan kami selamat sampai di KIA Kuching, Sarawak pada jam 8.30 malam.

Wednesday, 3 August 2011

SEHARI DI KAMPUNG BUDAYA BUMI KENYALANG, SARAWAK


Aku bersama keluarga sampai ke Lapangan Terbang Kuching, Sarawak Bumi Kenyalang pada 15 Julai 2011 untuk menziarahi rumah anak ku Hairenazli. 


Tempat pertama  ku lawati adalah Kampung Budaya Sarawak dimana merupakan kali ketiga aku melawat ke situ. Tiada banyak perubahan tetapi kurang menarik disebabkan penjagaan tidak diberikan perhatian. Bayaran masuk sungguh mahal hingga mencecah RM60 seorang. Nasib baik aku pesara adalah potongannya.....
Kampong Budaya Sawarak (KBS)
KBS seluas 17 ekar terletak dikaki Gunung Santubong,  Terdapat 7 buah rumah mengikut suku kaum  iaitu Bidayuh, Iban, Penan, Orang Ulu, Melanau, Melayu dan China.

Bergaya dihadapan rumah Bidayuh
Jambatan gantung yang mencemaskan sikecil cucuku .....HAZIQ
Rumah Penan yang damai, sempatlah menyumpit
Tangga rumah Orang Ulu yang tidak pernah ditemui di Semenanjong....
Tengoklah rumah kat belakang tu...macam nak runtuh je...
Rumah ni betul2  mengingatkan aku pada kampung halaman 

Menyamar jadi orang Iban moden......ada gaya  kan
Gayat dan cemas. maklumlah rumah Melanau ni dah usang sangat...tinggi pulak tu.
Rumah kaum  Cina terlepas pandang pulak, lebih kurang sama dengan rumah cina kat kampung di semenanjung......lepas tu aku pun menonton persembahan kebudayaan selama 30 minit serta meneruskan perjalanan melawat ke stadium Kuching.









Thursday, 14 July 2011

PERISTIWA YANG TAK DAPAT KU LUPAKAN

Di KLIA bersama anak-anak dan cucu-cucu ku tersayang

Pemandangan Jabal Uhud

Pada bulan  Jun 2010 - cuti sekolah, aku mengerjakan umrah bersama isteri dan 2 orang anak ku iaitu Herni laily dan Hafizul Amri. Pada suatu pagi, aku mengerjakan  tawaf sunat bersama-sama isteri dan anakku.... Suasana di Kaabah ketika itu terlalu sesak kerana  ramai  jemaah  yang mengerjakan tawaf dimana keadaannya seperti musim haji yang pernah aku lalui pada tahun 1995 dan 2007.
Suasana di Kaabah yang terlalau sesak


Semasa perjalanan mengerjakan  ibadah tawaf tersebut ( agak ku pusingan ke 2 atau 3), tiba-tiba muncul seorang lelaki berjubah dari belakangku.  Badannya tegap, tinggi, kacak, berjanggut dan  berkulit putih. Dia memegang tasbih ditangannya. Dia berjalan seiring dengan ku disebelah kiri.  Kemudiaan dia mengulurkan tangannya  sambil   mengatakan " SEDEKAH ". Aku merasa hairan dan tergamam seketika serta menjadi serba salah dimana didalam fikiran ku,  lazimnya tiada  orang  meminta sedekah semasa tawaf....

Tiba-tiba  aku teringat pesanan  tok guru ku semasa berkursus haji kali pertama di Kluang tahun 1995 mengatakan , " Semasa kita mengerjakan haji, ramai  Malaikat bersama kita .......".  Malangnya hari itu aku tidak membawa dompet. Aku rasa dalam poket seluar ku tadi ada sedikit wang. Aku pun menyelok poket seluar dan  mengambil wang tersebut. Aku pun memberikan wang itu kepada lelaki tersebut. Selepas mengambil wangku, dia terus berlalu  dihadapan ku dengan pantas serta hilang dari pandangan.......

Aku bersyukur kepada ALLAH yang telah mendorong hatiku  membawa sedikit wang ketika itu serta terbuka untuk  memberikan sedekah kepada lelaki tersebut.
Aku sekeluarga kembali ke tanah air dengan selamat........
syukur alhamdulilah..........amin.............



Friday, 3 June 2011

AKU BARU BELAJAR BUAT BLOG

Hari ini aku menghabis masa untuk membuat blog, gurunya anak ku Hirdayanti.......puas aku scan beberapa keping gambar kenangan, kadang-kadang jadi....kadang-kadang hilang, entahlah dah berumur ini susah masok ajar......nasiblah. Hasil kejayaan kerja ku hari ini, maka lahir lah  post pertama ini ...............

Untuk hari ini aku nak berkongsi satu gambar kenangan bersama kawan ku bernama IRWAN BIN KHALID yang sakit mulai tahun 1993 hingga kini. Sekarang menetap di Grisik, Kundang Ulu, Muar..


Praktikal Ladang di Felcra Bukit Keremoyang, Johor pada tahun 1973
 Setakat inilah sahaja coretan ku hari ini......Terima kasih kepada anak ku tapi tak tahu besok boleh buat atau tidak.....kalau tak boleh ia kena balik cheras.....